بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Tuesday 13 December 2011

Promosi Akhir Tahun - Lacoste Purse

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Promosi Jualan Akhir Tahun - Lacoste Purse



Salam.

Untuk makluman pengunjung semua, pada bulan Julai 2011 yang lepas saya telah menulis satu entri bertajuk "Lacoste Percuma Daripada Mimfaza Trading". Kira macam peraduan la kot. :-P

Pemenang telahpun menerima seunit Lacoste Purse berwarna HIJAU. Memang cantik purse tu. Tapi sayangnya saya ada stok satu unit je yang warna hijau. Sampai ke sekarang tak dapat-dapat stok warna tu. Okay cukup la intro tu.


Kini untuk masa yang terhad, kami di Mimfaza Trading menawarkan Lacoste Purse seperti dalam gambar. Unit adalah terhad. Siapa Cepat Dia Dapat. Pilihan warna hanya dua sahaja, warna COKLAT dan warna HITAM. HIJAU takdak, minta maaf.

Harga yang ditawarkan hanya RM 40.00 termasuk POS LAJU ke Semenanjung Malaysia.

Maknanya apa? Kalau tuan puan duduk kat semenanjung, kos pos laju adalah percuma. Tapi kalau tuan-puan duduk di luar semenanjung, contohnya Sabah Sarawak Brunei Singapore dan sebagainya, perlu la tambah kos pos laju sikit. Tak adil ke? Bukan pasal tak adil, tapi kos pos memang berbeza antara Semenanjung dan Bukan Semenanjung. :-)

Jadi, sesiapa yang berminat boleh hubungi kami secara SMS / Emel. Diulang, stok terhad, siapa cepat dia yang dapat. Harga RM 40.00 sahaja.

:-)

Beli dengan yakin. Terima kasih.

Wednesday 7 December 2011

RC Heli Thunderbird T23 Kini Kembali


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
RC Helicopter mjx Thunderbird T23

Salam.

Heli T23 ni telah saya tawarkan kira-kira bulan 6 dulu. Merupakan antara heli yang dicari-cari. Tapi saya tak sempat ambil dalam kuantiti yang banyak dulu. Sempat jual dalam 3 atau 4 unit sahaja kemudian habis stok. Kini, stok untuk heli ni 'available'.

Saiz heli besar, sesuai dimainkan outdoor, stabil, dan tahan lasak. Terdapat dalam dua warna pilihan, iaitu Kuning dan Pink. Cepat, stok terhad. Sementara stok masih ada.


Harga Jualan
RM 280.00 Kini RM 220.00 Sahaja / Set (Semenanjung)
*harga pasaran RM 290 - 350

Dengan harga di atas, anda mendapat,
1 unit Helikopter T23
1 Unit LCD Controller/Transmitter
1 Unit Charger
1 Unit Manual
1 Unit Spare Blade
* Bateri controller diberikan percuma

Spesifikasi
Motor parameters: 370 high-magnetic motor
Transmitter: LCD / PROⅡ professional
Battery: 7.2V 1500mAh lithium cobalt battery
Frequency : 27MHz, 40MHz
Charging time: 1.5 h
Distance to fly: 50m? (tak sure)
Time of flight: about 10-12 minutes
Weight: 4KG;
Body Length: 68cm
Body High: 31cm

Sila klik untuk saiz penuh

Friday 2 December 2011

POS LAJU Ke Seluruh Malaysia

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Pengeposan Ke Seluruh Malaysia

Salam.

Dalam entry ni saya nak kongsikan tentang pengeposan barangan-barangan yang ditawarkan oleh Mimfaza Trading ke seluruh Malaysia. Supaya ramai yang lebih jelas.

Senarai produk dan stok boleh dirujuk di SINI



Entry ni boleh dijadikan sebagai panduan asas je la. Kalau nak lebih detail, mungkin boleh rujuk dengan pihak POS LAJU sendiri. Atau rakan-rakan yang dah otai, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Yang ada pertanyaan pun boleh tanya di ruangan komen di bawah.

Saya banyak sangat menerima tempahan untuk pengeposan. Dan selalunya saya menggunakan POS LAJU MALAYSIA. Sebabnya?

a. Lokasi pejabat pos yang berdekatan.

b. Kawasan liputan penghantaran pos yang luas ke seluruh Malaysia.

c. Cepat dan Murah berbanding dengan yang lain (Hehe..)

Dan untuk pengetahuan, sepanjang menggunakan POS LAJU saya tak menerima sebarang masalah. Pembeli pun tak pernah komplen dengan saya, kalau-kalau barangan yang diterima adalah dalam keadaan yang kurang elok, pecah, tak sempurna dan sebagainya.

Okay, secara mudahnya cas pos laju bergantung pada berat. Tapi bila barangannya tu bersaiz besar, pos laju akan kenakan cas berdasarkan 'isipadu / volume' pulak, walaupun berat sebenar dia ringan.

Katakan berat sebenar cuma 500g sahaja, tapi disebabkan kotaknya besar dia kira/cas berdasarkan volume pulak. Dan volume tu di'convert'kan pulak kepada 'berat yang sepatutnya'. Menyebabkan selalunya casnya lebih daripada berat sebenar. Susah nak paham eh?

Jom belajar sket :

CONTOH PERTAMA:
RC Heli Syma S107G.

Berat sebenar : 0.52 kg ( Kiraan sendiri )
Saiz kotak : 480 x 90 x 190 mm
Volume / Isipadu : ( 48 x 9 x 19 ) cm = 8208 cm padu
Berat sepatutnya : ( 8208 / 6000 ) = 1.368 kg

Jadi, cas yang perlu dikenakan adalah cas untuk berat 1.368 kg & bergantung pulak lokasi mana nak dipos.
( walaupun berat sebenar hanya 0.52 kg )

CONTOH KEDUA:
RC Heli Shuang Ma 9100.

Berat sebenar : 1.45kg ( Kiraan sendiri )
Saiz kotak : 630 x 120 x 230 mm
Volume / Isipadu : ( 63 x 12 x 23 ) cm = 17388 cm padu
Berat sepatutnya : ( 17388 / 6000 ) = 2.898 kg

Jadi, cas yang perlu dikenakan adalah cas untuk berat 2.898 kg & bergantung pulak lokasi mana nak dipos.
( walaupun berat sebenar hanya 1.45 kg )

Jadi, pelajaran harini?
Mana-mana yang tuan-tuan tau saiz kotak tu kat sini, so secara mudahnya tuan-tuan boleh kira sendiri berat yang akan di cas. Bila dapat berat tu, mungkin boleh semak dengan POS LAJU Malaysia. Sebab saya pun takde reference harga. Saya pun kene call dan semak dengan pejabat pos. Hehe

Terima kasih.

* Entry ni dibuat atas kefahaman saya sahaja. Kalau salah minta maaf, dan mohon dibetulkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...