بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Showing posts with label Selingan. Show all posts
Showing posts with label Selingan. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Selingan - Renungan Untuk Kita


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Salam.

1. Tengah-tengah godek folder-folder dalam PC, terjumpa satu cerita ni. Cerita ni dah lama ada dalam simpanan. Dapat daripada mana taktau la, mungkin daripada emel kot.

2. Jadi sementara menunggu barang-barang baru yang bakal ditawarkan kat blog ni, nikmati dulu cerita ni. Mungkin ada manfaat.

3. Terima kasih.

Permainan Guru Dan Murid (Tajuk dia sebenar tak ingat la)



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...