بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Monday 1 October 2012

Mimfaza Trading Di Luar Kawasan



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Mimfaza Trading Di Luar Kawasan?

Salam.

OK, apa ada dengan tajuk ni? Mimfaza Trading di Luar Kawasan? Huhu...

Macam ni. Untuk makluman semua, saya pernah 'deal' secara Cash On Delivery ke 'luar kawasan', hantar / berjanji kat kawasan yang dipersetujui yang jauh daripada kawasan saya, Selayang dan Melaka.

Tapi tu sume secara kebetulan la. Bukan semua tempat saya pergi la. Kebetulan je rumah customer berdekatan dengan 'lokasi saya berjalan-jalan.' Huhu..

Contohnya,

1. Seingat saya pernah deal hantar heli F163 sebanyak 4 atau 5 unit di Sabak Bernam. Masa tu saya balik kampung ke kawasan berdekatan. So deal dengan customer jumpa di Sabak Bernam.

2. Pernah jugak hantar 'by hand' Jiehe Astronomical Telescope ke Sabak Bernam. Kawan yang beli ni duk kat mana saya tak ingat. Tapi minta hantarkan barang sebagai hadiah ke Sabak Bernam. So, saya hantarkan.

3. Pernah juga saya nak hantarkan Piano / Keyboard ke Lekir, Sitiawan. Dengan sikit kos penghantaran. Sebab kalau kos Pos Laju, mahal sangat. Tapi deal yang ni tak  jadi la sebab tak sempat nak prepare barang. 

4. Bagi kawasan area Key El, ada tempat-tempat tertentu yang boleh kami hantar. Dan bergantung juga pada barang dan masa.

So. Setiap kali saya akan ke luar kawasan, saya akan inform. And sesiapa yang rasa nak deal sekiranya keadaan sesuai, dipersilakan.

Untungnya deal cara camni, dapat jimat Kos Pos, dan menjamin kepuasan sebab dapat tengok barang dulu sebelum beli. :-)

Hubungi kami untuk sebarang urusan. Terima kasih.

Wednesday 12 September 2012

Asam Jambu Paksu 916



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Asam Jambu Pakcu 916

Salam. Saya banyak menerima tempahan asam jambu yang sedap dan terkenal - Pakcu 916 dari luar kawasan. Maksud luar kawasan ni yang tak boleh dan tak sempat saya nak 'entertain' la.

Contohnya dari Johor Bahru, Perak, Penang, Kedah, Perlis, Pantai Timur dan sebagainya. Masing-masing tanya kat mana nak dapatkan asam ni kat sekitar kawasan dorang.

Sebabnya saya tak jual la kot kalau yang jauh-jauh ni, kos pos laju mahal. Jadi, apa yang saya bleh buat saya bagi no telefon pejabat Pakcu 916 ni, minta dorang call & deal sendiri dengan Pakcu.

So, sesapa yang berminat nak dapatkan Asam ni di tempat yang berhampiran dengan anda boleh hubungi no telefon di bawah : (*saya ambil dari pack Asam Jambu Pakcu)

Telefon : 012-3717007 / 012-2660369

Terima kasih.

p/s - Lama dah tak update blog. Ada masalah akses internet. Sorry...

Sunday 20 May 2012

Jiehe Astronomical Telescope Model JH25-75x60


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Jiehe Astronomical Telescope Model JH25-75x60
Pengjie Optics Jie He High Quality Multi-Use Telescope

Salam. Kami jual telescope seperti di bawah.

Spesifikasi:
Magnification : 25x - 75x
Objective Lens Diameter : 60 mm
Mount : Camera Tripod
Panjang telescope : +- 580 mm
Panjang tripod : +- 1360 mm
Saiz Kotak : +- 610 mm x 12 mm x 22 mm
Rotatable Eyepiece Holder
Focus Ring, Zoom Ring

Harga Jualan : RM 300 (Semenanjung)

Merangkumi,
Jiehe Astronomical Telescope
Camera tripod
Carrying Pouch with strap
Instruction Manual

Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan.

Beli dengan yakin.

Sunday 29 April 2012

Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dan kesannya.


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Bersih 3.0 (28 April 2012) dan kesannya

Salam.

Sebenarnya takda apa nak cerita pun pasal BERSIH 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka semalam, 28 April 2012.

Cumanya disebabkan banyak jalan ditutup; kena 'block' sana sini, tak dapat la ambe nak 'prepare' stok. Order yang masuk pun banyak, maklum le gaji dah masuk. Takpa laaa, nak buat cemana?

Semalam masa browse through internet, ada jugak nampak gambar-gambar dan video-video yang dah dipublish. Dan boleh tengok pulak apa sebenarnya jadi dalam video perhimpunan bersih yang dekat SOGO, Kuala Lumpur tu? Kalau baca cerita orang, yang ni bagitau cerita ni, yang tu cerita macam lain plak. Mana satu yang betul taktau. So, start harini dah boleh tengok & baca la kot apa kesan-kesan Perhimpunan Bersih 3.0 tu pada kita.

Saya bersikap berkecuali. Sokong perhimpunan pun tak, tak sokong perhimpunan pun tak jugak. Dua-dua ada kebaikan & keburukannya kot.

p/s - Oh, nak bagitau jugak. Dah dua minggu dah nak reply comment-comment orang yang tanya soalan kat bawah tu tapi tak publish. Ntah kenapa ntah. Yang mesej dan emel tapi lambat dibalas, minta maaf. Ada masalah akses internet sikit sekarang.

TQ. Salam

Wednesday 11 April 2012

RC Heli WL 4Ch Copter Micro Series

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful


RC Heli WL 4Ch Copter Micro Series

Spesifikasi:
Saiz : 220mm (l) x 82mm (h) 54mm (w)
Saiz Kotak : 375mm x 26mm x 10mm
Bateri : 3.7V 120 mAh / 15C
Masa terbang : +- 5-6 minit
Masa Charge : 30 minit
Jarak Kawalan : 50-60 meter
Panjang Main Blade : 192 mm
Diameter Tail Rotor : 36 mm

Harga Jualan : RM 140.00

Merangkumi,
1 Unit Heli
1 Unit Transmitter LCD 2.4 Ghz
1 Set Spare Blade + Tail Blade
1 Unit USB Cable
1 Charger Connector (Lipo Charger)
2 Unit Battery
1 Unit Manual

Hubungi kami untuk pertanyaan atau pembelian.

Saturday 7 April 2012

Infrared Angry Birds 2.5 Channels Aerocraft

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

RC Heli Infrared Angry Birds Aerocraft

Salam.

Remote Control secara infra red sesuai untuk dihadiahkan kepada anak-anak kecil.
Rekabentuk menarik dan comel. Saiz kecil.

Spesifikasi
Pergerakan: Atas/Bawah, Pusing kiri/kanan, Automatic ke depan
3 Channel Band Selection (A/B/C)
Saiz Angry Birds : +- 85mm x 65mm x 115mm
Saiz Kotak : 235mm x 280mm x 85mm
Saiz Rotor : +- 195mm
Masa terbang : +- 8 minit
Masa Charge : +- 50 minit

Harga Jualan
RM 65.00 / Unit (Semenanjung)

Merangkumi,
1 Unit Helicopter
1 Unit Controller
1 Unit Spare Blade
1 Unit USB Charger
1 Unit Manual

SMS kami untuk pertanyaan dan pembelian.

Infrared Heli Syma S800G 4 Channel

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Infrared Heli Syma S800G Helidom

Salam.

Spesifikasi + Info
Saiz Heli : 190mm x 38mm x 115mm
Lebih kurang saiz Syma S107
Saiz Kotak : 410mm x 240mm x 75mm
Diameter Main Rotor : 190mm
Diameter Tail Rotor : 30mm
Bateri Helikopter : 3.7V 150 mAh
Masa terbang : +- 6 minit
Masa Charge : 50-60 minit

Harga Jualan
RM 85.00 / Unit (Semenanjung)

Merangkumi,
1 Unit Helicopter
1 Unit Transmitter
1 Unit Spare Canopy
1 Unit Spare Blade
1 Unit USB Charger
1 Unit Manual

SMS kami untuk pertanyaan dan pembelian.

Saturday 31 March 2012

RC Heli Avatar YD-711 / AT-99 2.4G 4 Channel

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful


RC Heli James Cameron's Avatar YD-711 / AT-99 2.4G 4 Channel

Salam.

Heli baru ni datang dengan rekabentuk yang menarik, mimic/copy helicopter yang ada dalam filem avatar tu. Tau ka? Ala yang makhluk warne biru tu.

Spesifikasi:
Main rotor blade : 200 mm
Fully weight : 150g (Include battery weight 22g)
Tail rotor blade diameter : 47 mm
Main motor model : N20PAx4
Airframe length : 250 mm
Airframe height : 130 mm
Airframe width : 295 mm
Gyroscope : Built In
Duration of flight : 5-6 minutes
Charge Time : +- 60 minutes

Harga Jualan:
RM 199 / Unit (Semenanjung)
Harga pasaran RM 250.00

Merangkumi;
1 Unit Helicopter
1 Unit Transmitter
1 Unit Spare Tail Blade cw screw driver
1 Unit Wall Charger
1 Unit Manual

SMS kami untuk pertanyaan dan pembelian.

Wednesday 21 March 2012

Yu Feng Zoom Spotting Scope


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful



Yu Feng Spotting Scope

Salam.

Sesuai untuk bird watching, nature, wildlife, hunting, atau aktiviti lain. Berbeza dengan Jiehe Astronomical Telescope yang kami tawarkan sebelum ni, spotting scope ni boleh zoom focus, mudah dipasang dan dibawa. So tak perlu pasang eyepiece dan sebagainya. Hanya perlu Zoom sahaja.

Spesifikasi:
Type : Refracting Scope
Model : 20-60 x 60mm
Aperture : 60 mm (2.4")
Focal Length : 360 mm
Magnification : 20 to 60 x
Eye Relief : 16.5 @ 20x , 13 @ 20x
Near Focus : 33ft (10m)
Coatings : Fully Coated
Waterproof : NO
Length : 14" (355mm)
Weight : 36oz. (1000g)
Angular Field of View : 2.2deg at 20x , 1.1deg at 60x
Linear Field of View : 120ft at 20x, 60ft at 60x (for 1000yds)

Harga Jualan:
RM 230 Kini RM 200 / Unit (Semenanjung Malaysia)
*Harga pasaran +- RM 290

Merangkumi;
1 Unit Spotting Scope
1 Unit Mount Tripod Kecil
1 Unit Carrying Case

Hubungi kami untuk pertanyaan dan pembelian.

Beli dengan yakin. Terima kasih.

Saturday 17 March 2012

RC Heli DFD F163 Avatar 4.5 Channels

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful


RC Heli DFD F163 Avatar 4.5 Channels

Salam.

RC heli ni lebih kurang sama dengan DFD F103 Avatar. Cumanya yang ni scale lagi besar. Kenapa 4.5 Channel? Mana datang lagi 0.5 channel tu? Saya pun taktau. Huhu. Minta sapa2 yang tau kongsikan kat ruang komen kat bawah.

Spesifikasi:
4.5 Channel Built In Gyroscope
Battery : 3.7 V 800 mAh Li-Poly
Jarak Kawalan : 30 meter
Panjang : 360 mm
Lebar : 200 mm
Tinggi : 160 mm

Harga Jualan:
RM 125 / Unit (Semenanjung)
Harga pasaran RM 150.00

Merangkumi;
1 unit Helikopter
1 Unit Controller/Transmitter
1 Unit Wall Charger
1 Set Spare Part : Main Blade x 2 shj
1 Set Spare Part : Side Blade x 2
1 Unit Screw Driver
1 Unit Manual

SMS kami untuk pertanyaan dan pembelian.

Thursday 15 March 2012

RC Heli FX 037 4-Channel Single Propeller

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful


RC Helicopter FX 037 4-Channel Single Blade

Salam.

Produk ni bersaiz lebih kurang Shuang Ma 9100. Experience mainkan heli ni memang superb. Sebab single blade, lawan angin pun syok. Control memang mencabar tapi puas hati. Masa awal main tu crash gak 2-3 kali, tapi still OK boleh terbang.

Spesifikasi:
Feixuan FX 037
4 Channel Remote Controller Helicopter
Single Propeller c/w gyroscope
Saiz : 438mm (pjg) x 151mm (tgi) x 80mm (lbr)
Diameter main blade : 400 mm
Transmitter : 4 channel
Masa charge : 2 jam setengah
Masa terbang : 8 minit (lebih kurang)
Jarak kawalan : 40 meter (lebih kurang)
Berat : 238 g (dengan bateri)
Bateri : 7.4 V Lithium 800 mAh
Warna : Seperti dalam gambar
Good high speed maneuverability
Drop & crash resistant

Harga Jualan:
RM 170 / Unit (Semenanjung)
Harga pasaran RM 220.00

Merangkumi;
1 Unit Helicopter
1 Unit Transmitter
1 Unit Spare Rotor Blade
1 Unit Wall Charger
1 Unit Manual

SMS kami untuk pertanyaan dan pembelian.

Sunday 11 March 2012

Electronic Keyboard MK 2056 Meike 2065

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful


MK-2056 54 Keys Digital Electronic Keyboard

Salam.

Kami tawarkan Keyboard Meike 2056 dengan harga yang mampu milik. Sesuai untuk sesiapa yang baru belajar dan memulakan hobi bermain keyboard.

Harga Jualan:
RM 130 / Unit (Semenanjung Malaysia)

Merangkumi;
1 Unit Keyboard
1 Unit Note/Book holder
1 Unit Wall Adapter
1 Unit Microphone

Spesifikasi:
100 Timbres / 100 Rhythms
8 Percussions
8 Demonstration Songs
Single Finger / Fingered Chord
Sustain / Vibrato / Sync Function
Fill in Function
Rhythm Programming
Record / Playback
Guide Mode / One Key Function
32 Level Tempo Control
16 Grade Volume Adjustable
Speaker Output

Saiz Keyboard : 85 cm (panjang) x 33 cm (lebar) x 10 cm (tinggi)
Saiz Kotak : 89 cm (panjang) x 37 cm (lebar) x 14 cm (tinggi)

Hubungi kami untuk pertanyaan dan pembelian.

Friday 2 March 2012

Khidmat Lori Sewa Lembah Kelang

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful


Khidmat Lori Sewa Murah

Salam.

Untuk makluman, baru-baru ni Mimfaza Trading telah mendapatkan khidmat Lori Sewa En Kamal dari Pantai Dalam untuk bawa barang kami dari Selayang ke Perak. Harga yang diberikan sungguh-sungguh berpatutan. Sangat murah berbanding harga yang ditawarkan oleh penyewa lain.

Jadi sebagai rasa berterima kasih kepada En Kamal & sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, saya publish entry ni supaya kawan-kawan lain pun boleh dapatkan khidmat pindah barang / pindah rumah / sewa lori dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Insya-Allah berpuas hati.

Informasi

En Kamal 017-2196121.
Lori Sewa 1 tan. Dengan pekerja atau tanpa pekerja.
Kawasan sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur, dan Selangor, hingga ke Sabak Bernam etc.
Harga murah dan berpatutan. Bergantung pada lokasi / jarak / barang.
Bagi kawasan penghantaran selain Lembah Kelang, sila SMS untuk pertanyaan.
Sesuai untuk pindah barang / pindah rumah / pindah pejabat / lain-lain.
Perkhidmatan terbaik.

Jadi, tuan-puan yang berminat bolehlah hubungi En Kamal 017-2196121 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Sila SMS sekiranya panggilan tidak dijawab.

Terima kasih.

p/s - beritahu pada kawan-kawan.. :-)

Saturday 25 February 2012

Bushnell Binocular - Ultra High Power


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful


Bushnell Powerview Binocular - Ultra High Power

Salam.

Kami nak let go "Bushnell Binocular" seperti dalam gambar di atas.

Spesifikasi:
10x - 90 x 80 Zoom
234 ft / 1000 Yds at 10x
78 m / 1000 m at 10x
Warna Hitam
Tripod Adaptable

Harga Jualan:
RM 160 sahaja.

Pakej Termasuk:
Carrying Case with strap
Binocular Neck Strap
Lens Cloth
Lens Cover

Hubungi kami untuk pembelian atau pertanyaan lanjut.

Beli dengan yakin di Mimfaza Trading.

Terima kasih.

p/s -
* let go = jual ( Teringat lagu Loudness - Let Go. Hehehe )

Monday 20 February 2012

Sabun Sauda Hitam Kini Kembali

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Stok Sabun Sauda Hitam Kembali - Untuk Kecantikan Kulit ; For Lovely Skin.


Salam.

Stok sabun sauda hitam kini kembali. (Setelah dah lama tak ambil stok). Hehe. Sabun ni laku sangat, cepat je habis bila datang stok. Banyak permintaan tak dapat kami penuhi sebab lambat ambil stok. Minta maaf yer.

Mimfaza Trading telah menambah stok sabun sauda hitam, walaupun tak banyak sangat. Kami dapati kini stok sabun ni datang dengan paket dan design kotak yang baru.

Informasi produk
Sabun Habbatus Sauda ini diperbuat daripada Habbatus Sauda Asli bermutu tinggi yang terbukti sangat baik untuk kecantikan kulit. Tiada campuran bahan berasaskan haiwan. Ianya bersih, suci dan halal. Tiada Bahan Berasaskan Haiwan. Produk adalah buatan Malaysia.

Berat 50gm

Aturan penggunaan:
Cuci muka atau kulit dengan air, dan urutkan sehingga menjadi buih. Bersihkan dengan air. Berkesan digunakan setiap hari.

Bahan-bahan:
Habbatus Sauda 100%, dan Minyak Sayuran

Harga Jualan:
RM 6.90 / biji (Semenanjung)
RM 8.90 / biji (Sabah, Sarawak)

Beli dengan yakin. Terima kasih.

Tuesday 24 January 2012

Hadiah Misteri Percuma dengan setiap pembelian


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Hadiah Misteri Percuma dengan setiap pembelian


Salam.

Mula daripada hari ini (24 Januari 2012), kami di Mimfaza Trading akan memberikan Hadiah Misteri Percuma dengan setiap pembelian. Tawaran ini SAH sementara stok masih ada.

Apa yang anda, pembeli-pembeli perlu lakukan adalah dengan memaklumkan kepada kami anda membeli melalui Mimfaza Trading Blogspot. Dan nyatakan Hadiah Misteri Percuma semasa membuat pesanan.

Mudah je.   :-)

Pembelian boleh dilakukan melalui emel (mimfazatrading@gmail.com) ataupun hubungi kami di no telefon yang tertera di kolum 'Hubungi Kami'

Saya mengesyorkan SMS untuk sebarang pesanan / pertanyaan untuk memudahkan urusan.

Mimfaza Trading akan menawarkan pelbagai lagi produk menarik dengan harga yang kompetitif selepas ini. Sila layari laman web http://mimfazatrading.blogspot.com dari semasa ke semasa.

Beli dengan yakin. Terima kasih.

Thursday 19 January 2012

Mimfaza Trading Kini Di Selayang !!!

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Salam.


Sukacita diumumkan bahawa Mimfaza Trading telahpun berpindah ke Selayang. Bagi tuan-tuan yang berada di kawasan berhampiran Selayang seperti Gombak, Batu Caves, Rawang, Kepong dan sekitarnya bolehlah menghubungi kami untuk urusan pembelian / pertanyaan. 'Walk-in' buyer juga dialu-alukan (Sila maklumkan produk yang diingini).

Untuk makluman tuan-tuan, pihak kami juga bersedia membekalkan produk-produk yang ditawarkan di laman ini di Batu Berendam, Melaka. Sila hubungi kami untuk sebarang temujanji dan pesanan produk.

Bagi kawasan-kawasan berhampiran Lembah Klang yang lain, sila maklumkan lokasi anda. Sekiranya sesuai, kita boleh 'deal' di tempat-tempat berhampiran.

Selain daripada kawasan-kawasan yang dinyatakan, urusan pengeposan boleh dilakukan.

Sekian, terima kasih.

Beli dengan Yakin. :-)

Mimfaza Trading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...