بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Tuesday 13 December 2011

Promosi Akhir Tahun - Lacoste Purse

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Promosi Jualan Akhir Tahun - Lacoste Purse



Salam.

Untuk makluman pengunjung semua, pada bulan Julai 2011 yang lepas saya telah menulis satu entri bertajuk "Lacoste Percuma Daripada Mimfaza Trading". Kira macam peraduan la kot. :-P

Pemenang telahpun menerima seunit Lacoste Purse berwarna HIJAU. Memang cantik purse tu. Tapi sayangnya saya ada stok satu unit je yang warna hijau. Sampai ke sekarang tak dapat-dapat stok warna tu. Okay cukup la intro tu.


Kini untuk masa yang terhad, kami di Mimfaza Trading menawarkan Lacoste Purse seperti dalam gambar. Unit adalah terhad. Siapa Cepat Dia Dapat. Pilihan warna hanya dua sahaja, warna COKLAT dan warna HITAM. HIJAU takdak, minta maaf.

Harga yang ditawarkan hanya RM 40.00 termasuk POS LAJU ke Semenanjung Malaysia.

Maknanya apa? Kalau tuan puan duduk kat semenanjung, kos pos laju adalah percuma. Tapi kalau tuan-puan duduk di luar semenanjung, contohnya Sabah Sarawak Brunei Singapore dan sebagainya, perlu la tambah kos pos laju sikit. Tak adil ke? Bukan pasal tak adil, tapi kos pos memang berbeza antara Semenanjung dan Bukan Semenanjung. :-)

Jadi, sesiapa yang berminat boleh hubungi kami secara SMS / Emel. Diulang, stok terhad, siapa cepat dia yang dapat. Harga RM 40.00 sahaja.

:-)

Beli dengan yakin. Terima kasih.

Wednesday 7 December 2011

RC Heli Thunderbird T23 Kini Kembali


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
RC Helicopter mjx Thunderbird T23

Salam.

Heli T23 ni telah saya tawarkan kira-kira bulan 6 dulu. Merupakan antara heli yang dicari-cari. Tapi saya tak sempat ambil dalam kuantiti yang banyak dulu. Sempat jual dalam 3 atau 4 unit sahaja kemudian habis stok. Kini, stok untuk heli ni 'available'.

Saiz heli besar, sesuai dimainkan outdoor, stabil, dan tahan lasak. Terdapat dalam dua warna pilihan, iaitu Kuning dan Pink. Cepat, stok terhad. Sementara stok masih ada.


Harga Jualan
RM 280.00 Kini RM 220.00 Sahaja / Set (Semenanjung)
*harga pasaran RM 290 - 350

Dengan harga di atas, anda mendapat,
1 unit Helikopter T23
1 Unit LCD Controller/Transmitter
1 Unit Charger
1 Unit Manual
1 Unit Spare Blade
* Bateri controller diberikan percuma

Spesifikasi
Motor parameters: 370 high-magnetic motor
Transmitter: LCD / PROⅡ professional
Battery: 7.2V 1500mAh lithium cobalt battery
Frequency : 27MHz, 40MHz
Charging time: 1.5 h
Distance to fly: 50m? (tak sure)
Time of flight: about 10-12 minutes
Weight: 4KG;
Body Length: 68cm
Body High: 31cm

Sila klik untuk saiz penuh

Friday 2 December 2011

POS LAJU Ke Seluruh Malaysia

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Pengeposan Ke Seluruh Malaysia

Salam.

Dalam entry ni saya nak kongsikan tentang pengeposan barangan-barangan yang ditawarkan oleh Mimfaza Trading ke seluruh Malaysia. Supaya ramai yang lebih jelas.

Senarai produk dan stok boleh dirujuk di SINI



Entry ni boleh dijadikan sebagai panduan asas je la. Kalau nak lebih detail, mungkin boleh rujuk dengan pihak POS LAJU sendiri. Atau rakan-rakan yang dah otai, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Yang ada pertanyaan pun boleh tanya di ruangan komen di bawah.

Saya banyak sangat menerima tempahan untuk pengeposan. Dan selalunya saya menggunakan POS LAJU MALAYSIA. Sebabnya?

a. Lokasi pejabat pos yang berdekatan.

b. Kawasan liputan penghantaran pos yang luas ke seluruh Malaysia.

c. Cepat dan Murah berbanding dengan yang lain (Hehe..)

Dan untuk pengetahuan, sepanjang menggunakan POS LAJU saya tak menerima sebarang masalah. Pembeli pun tak pernah komplen dengan saya, kalau-kalau barangan yang diterima adalah dalam keadaan yang kurang elok, pecah, tak sempurna dan sebagainya.

Okay, secara mudahnya cas pos laju bergantung pada berat. Tapi bila barangannya tu bersaiz besar, pos laju akan kenakan cas berdasarkan 'isipadu / volume' pulak, walaupun berat sebenar dia ringan.

Katakan berat sebenar cuma 500g sahaja, tapi disebabkan kotaknya besar dia kira/cas berdasarkan volume pulak. Dan volume tu di'convert'kan pulak kepada 'berat yang sepatutnya'. Menyebabkan selalunya casnya lebih daripada berat sebenar. Susah nak paham eh?

Jom belajar sket :

CONTOH PERTAMA:
RC Heli Syma S107G.

Berat sebenar : 0.52 kg ( Kiraan sendiri )
Saiz kotak : 480 x 90 x 190 mm
Volume / Isipadu : ( 48 x 9 x 19 ) cm = 8208 cm padu
Berat sepatutnya : ( 8208 / 6000 ) = 1.368 kg

Jadi, cas yang perlu dikenakan adalah cas untuk berat 1.368 kg & bergantung pulak lokasi mana nak dipos.
( walaupun berat sebenar hanya 0.52 kg )

CONTOH KEDUA:
RC Heli Shuang Ma 9100.

Berat sebenar : 1.45kg ( Kiraan sendiri )
Saiz kotak : 630 x 120 x 230 mm
Volume / Isipadu : ( 63 x 12 x 23 ) cm = 17388 cm padu
Berat sepatutnya : ( 17388 / 6000 ) = 2.898 kg

Jadi, cas yang perlu dikenakan adalah cas untuk berat 2.898 kg & bergantung pulak lokasi mana nak dipos.
( walaupun berat sebenar hanya 1.45 kg )

Jadi, pelajaran harini?
Mana-mana yang tuan-tuan tau saiz kotak tu kat sini, so secara mudahnya tuan-tuan boleh kira sendiri berat yang akan di cas. Bila dapat berat tu, mungkin boleh semak dengan POS LAJU Malaysia. Sebab saya pun takde reference harga. Saya pun kene call dan semak dengan pejabat pos. Hehe

Terima kasih.

* Entry ni dibuat atas kefahaman saya sahaja. Kalau salah minta maaf, dan mohon dibetulkan.

Monday 21 November 2011

Musical Baby Building Shelf

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Musical Baby Body Building Shelf



Harga Jualan:
RM 60.00 / Set

Pakej Termasuk:
Set Baby Shelf
Termasuk 1 unit permainan bermuzik dan 3 unit permainan bergantung
Manual pemasangan disertakan
*Sila lihat gambar

Informasi Produk:
Made from environmental material
No poison
Safe
Suitable for standing, sitting, lying
*Contents may vary from photos and illustrations shown on the package.
Saiz kotak : 52 x 25 x 6 cm

Review Ringkas:
Non-assemble, perlu dipasang sendiri. Manual disediakan, dan pemasangan adalah mudah.
Sesuai untuk anak-anak kecil, bayi dari umur 4 bulan ke atas.
Lihat gambar, sesuai untuk permainan awal bayi dari umur 3,4 bulan dan ke atas.
Untuk kedudukan 'baring, duduk dan berdiri' - 'lying, sitting, standing'
Permainan-permainan yang digantung boleh dicabut dan dimainkan berasingan. Boleh diletakkan di stroller dan katil bayi.
Terdapat juga muzik dimainkan. Bateri tersedia.
Sangat berbaloi dan murah.

Sunday 13 November 2011

Indoor Table Top Football / Foosball

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Guangyu Sport Game / Indoor Table Football / Foosball





Harga Jualan :
RM 110.00 / Set

Spesifikasi:
Bobi Football
Pilihan dua warna / rekabentuk: Merah dan Corak Kayu
Tidak dipasang siap. Perlu pasang sendiri.
Manual pemasangan disediakan.

Saiz Kotak : 74 x 12 x 44 cm
Saiz Permainan : 72 x 41 x 11 cm

Review ringkas:
Set ni didatangkan non-assembled. Jadi kena pasang sendiri.
Tapi pemasangannya mudah je, manual disediakan.
Main memang best. Cuma kena duduk main bawah la, ataupun nak selesa letak kat tempat yang tinggi sikit. Sebab bila dah start main, pikir nak score je, terangkat-angkat meja kang. Hehe

Mini Tasbih Digital

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Mini Digital Tally Counter Khatam Tasbih



Harga Jualan:
RM 8 Seunit

Atau

Beli 6 Unit dengan harga RM45. Termasuk percuma Pos Laju ke Semenanjung.

Informasi:
Digunakan sebagai alternatif, pengganti kepada tally counter, pengira zikir, pengira stok dan sebagainya.
Panjang +- 10cm.
Saiz boleh dilaraskan mengikut saiz jari.
Kecil, mudah disimpan dan dibawa.
Terdapat beberapa pilihan warna: Hijau, Oren, Hitam, Biru (Warna bergantung pada stok)
Automatik Off sekiranya tidak digunakan.
Menggunakan bateri saiz kecil. (Disediakan)
Dua butang : Untuk mengira dan untuk reset
5 Digit : Kiraan sehingga 99999

Review:
Saiznya kecil, mudah dibawa.

Friday 4 November 2011

RC Airplane TW 748 1

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
RC Airplane TW-748-1 / RC Kapal Terbang


Spesifikasi:
Length : 750mm
Wing Span : 840mm
Flying Weight : 420g
Motor : 370A with gearbox
Battery : Ni-MH-650 mAh / 9.6V
FM4- Channel proportional radio control device (With V-type mixed controller)
Radio Control Distance : 300 meter
Box Size : 19 x 28 x 87 cm

Harga Jualan:
RM 245.00

Pakej termasuk:
1 Unit Set RC Airplane (Non assemble)
1 Unit Transmitter
1 Unit Battery
1 Unit Charger
Manual

* Terdapat beberapa pilihan warna badan kapal terbang, tapi bergantung kepada stok.

Review Ringkas:
Belum pernah main lagi. Akan update nanti. Kapal terbang ni bukan macam helikopter yang ready to fly. Kite kena pasang sendiri. Manual disediakan. Gambar akan update lagi nanti. :-)

Monday 31 October 2011

RC Heli Syma S026G Chinook


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
RC Helicopter Syma S026G Chinook Army Look


Spesifikasi:
Panjang : 165mm
Lebar : 140mm dengan Main Rotors
Tinggi : 112mm from Bottom to Balance Bar
Main Rotors Diameter : 140mm
Bateri : 3.7V 150mAh Lithium Polymer Battery
Masa terbang : +- 8 minit
Jarak Kawalan : 10 meter +-
Saiz kotak : 480 x 90 x 190 mm

Harga Jualan:
RM 75 sahaja

Pakej termasuk:
1 Unit Helicopter
1 Unit Transmitter
1 Kabel USB (Charging)
Manual

Review Ringkas:
Brand Syma memang terkenal. Heli ni sesuai untuk dibuat koleksi kerana bentuknya yang unik. Kawalan lebih kurang dengan Syma S107, S111. Mudah dan stabil.

Hubungi kami untuk pembelian. Beli dengan yakin.

Saturday 15 October 2011

Electronic Keyboard MK 980



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

MK-980 61 keys Teaching Type Digital Electronic Keyboard



Harga Jualan:
RM 220 / Unit (Semenanjung Malaysia)
*Harga pasaran RM ?

Spesifikasi:
20 Timbres/20 Rhythms/ 8 Percussions
8 Demonstration Songs
Led Digital Display
Single Finger & Fingered Chord
Sustain/ Vibrato/ Sync Function/ Fill-in Function
Rhythm Programming/ Record/ Playback
Guide mode/ One-Key Function
46 level Tempo Control
16 Grade Volume Adjustable
Speaker Output(L/R)/ Headphone Jack
Double channel Stereo

Saiz Keyboard : +- 95cm x 35cm
Saiz Kotak : +- 101 x 43 x 17cm

Review ringkas:
*Taktau nak review apa. Masih dalam proses belajar main keyboard. Hehe

RC Heli Esky Honey Bee 2

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Remote Control Helicopter Esky Honey Bee 2 4 Channel


Harga Jualan:
RM 280.00 (Semenanjung)

Info:
4 Channel remote control set includes complete Forward/Backward, Left/Right, Up/Down control (RUDDER, AILERON, ELEVATOR, AND THROTTLE)
More stable flight, even first timer can control easily
Best choice for Beginner - Advanced hobbyist
Complete Kit, Ready to Fly (Everything is included and 100% assembled)

Spesifikasi:
Panjang : 510mm
Tinggi : 180mm
Main Blade Diameter : 510mm
Tail Blade Diameter : 150mm
Motor Gear : 10T
Berat : +- 304g
Saiz kotak : +- 59 x 26 x 19 cm

Package Termasuk:
1 Unit Helikopter
1 Unit 4 Channel R/C Transmitter c/w Training Switch and Simulator Port
1 Unit 110V ~ 220V Universal Wall Battery Balance Charger c/w Alligator Clip for Outdoor Charging
1 Unit Esky 11.1V 800mAh Li-Polymer Rechargeable Battery
1 Unit Flight Simulator Kit w/ USB PC Cable and Software (Practice flying airplanes and helicopters on your computer)
Double Faced Adhesive Tape
Manual

Review ringkas:
Heli ni legend, sesuai untuk beginner mahupun advance. Controlling best. Esky memang brand yang boleh dipercayai. Spare part mudah diperolehi.

Yang berminat boleh hubungi kami. Beli dengan yakin.

RC Helicopter Syma S033G


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Remote Control Helicopter Syma S033G


Harga Jualan:
RM 175 / Set (Semenanjung)

Pakej Termasuk:
1 Unit Helicopter
1 Unit Transmitter/Controller
1 Set Spare Tail Blade + Screwdriver
1 Charger
Manual

Spesifikasi:
Product Length: 36 inches
Product Height: 12 inches
Flying time: approx 12min
Flying height: approx 50m
Control range: 100m
Charging time: 150-180 min
Battery: 11.1v 1100mah

Alloy structure, unique design
Electronic fine-tuning, flying more stable
All-round 3 channel control
Advanced intelligent balance system
Built in Gyroscope for extra stability
New digital control remotely with power saving mode
Full function: up/down, forward/backward, turning left and right, fixed-point hovering

Review ringkas:
Heli ni lebih kurang Syma S031G tapi dalam scale yang lebih besar. Memang super besar pun. Lebih kurang Heli mjx Thunderbird T23. Controlling memang OK, stabil. Sebab syma memang well known helicopter rc manufacturer. Cehh speaking. :-)

Berminat hubungi kami melalui telefon atau emel.

Beli dengan yakin. Terima kasih.

Friday 14 October 2011

Spare Part RC Heli Syma

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Spare Part Remote Controller Helicopter Syma:
*Harga Semenanjung Malaysia

Syma S031 - MT-ME. Rotor Set ( RM 35 / Set )
Syma S031 - MT-NN. Circuit Board ( RM 60 / Set )
Syma S023 - MT-MC. Rotor Set ( RM 30 / Set )
Syma S032 - MT-MC. Rotor Set ( RM 30 / Set )
Syma S111 - MT-MR. Rotor Set ( RM 20 / Set )
Syma S107 - MT-MR. Rotor Set ( RM 20 / Set )
Syma S107 - MT-SN. USB Cable Charger ( RM 6 / Set )


Gambar-gambar
*akan dimasukkan nanti



Tuesday 11 October 2011

Spare Part RC Heli Shuang Ma

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Senarai Spare Part RC Helicopter Shuang Ma:
*Harga Semenanjung Malaysia

Shuang Ma 9100 - MT-UC. Rotor Set ( RM 45 / Set )
Shuang Ma 9100 - MT-SC. Circuit Board ( RM 50 / Set )
Shuang Ma 9097 - MT-SR. Rotor Set ( RM 50 / Set )
Shuang Ma 9097 - MT-NN. Circuit Board ( RM 60 / Set )
Shuang Ma 9097 - MT-MM. Back Tail Set ( RM 22 / Set )
Shuang Ma 9053 - MT-SS. Rotor Set ( RM 60 / Set )
Shuang Ma 9053 - MT-NN. Circuit Board ( RM 60 / Set )
Shuang Ma 9104 - MT-SR. Rotor Set ( RM 50 / Set )
Shuang Ma 9104 - MT-NN. Circuit Board ( RM 55 / Set )
Shuang Ma 9104 - MT-SW. Battery ( RM 66 / Set )


Gambar-gambar


Shuang Ma Double Horse 9104

Spare Part Battery 9104.
RM 66.00 / Set

Boleh digunakan untuk 9100 gak.
Cuma saiz besar sikit, kena adjust sket.
7.4V 1300 mAh.


Shuang Ma Double Horse 9104

Spare Part Rotor Set 9104
RM 50.00 / Set

*maaf gambar tak complete. Sepatutnya set adalah termasuk Main Blade,
so jangan risau, main blade pun dapat sekali.


Shuang Ma Double Horse 9100

Spare Part Rotor Set 9100
RM 45.00 / Set

Monday 10 October 2011

RC Heli ZR Z101 4 Channel

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Remote Control Helicopter ZR Z101 4 Channel Malaysia


Harga Jualan:
RM 160 / Set (Semenanjung)

Pakej Termasuk:
1 Unit Helicopter
1 Unit Transmitter/Controller
1 Set Spare Main/Tail Blade + Screwdriver
1 Wall Charger + Charger Box
Manual

Spesifikasi:
Saiz : 390 x 145 x 72mm
4 Channel Built In Gyro
Masa Charge : Anggaran 100 minit
Masa Terbang : Anggaran 7-9 minit
Bateri : 7.4V 650mAH Battery
Tinggi / Jarak Kawalan : 30 meter

Review ringkas:
Heli ni saiz lebih kurang Shuang Ma 9100. Keluaran baru tahun 2011, ready to fly.
Pengalaman bermain lebih kurang Shuang Ma 9100. Tapi yang ni 4 Channel, so bleh ngiring ke tepi macam ketam. Hehe.

Thursday 6 October 2011

RC Heli Shuang Ma Double Horse 9103

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
RC Helicopter Shuang Ma Double Horse 9103 Single Blade



Harga Jualan:
RM 90 RM 80 / Set (Semenanjung)

Pakej termasuk:
1 Unit Helicopter
1 Unit Controller
USB Cable
User Manual

Spesifikasi:
Aloi 3 Channel RC Helicopter
Built In Gyroscope
Masa Charge : 40-50 minit
Masa Kawalan : +- 8 minit
Jarak Kawalan : +- 10meter
Saiz : +- 250 x 40 x 90 mm
Frequency : 3 Bands
Ready To Fly
*info sumber internet

Review ringkas:
Heli ni single blade, saiz lebih kurang sama dengan Syma S107, S111.
Tapi sebab single blade, bila main tu melilau sikit. Kipas dia laju.
So mencabar la nak play & control heli ni. Best untuk yang suka cabaran.

Sunday 2 October 2011

Lacoste Trendy Bag

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Lacoste Trendy Bag

Gambar atas, kanan: Lacoste Sling Bag

Gambar atas: Lacoste Side Buckle Bag

Salam.

Sebenarnya dah lama nak mulakan jualan Beg Lacoste ni, tapi tak berkesempatan nak upload gambar dsb. Seperti yang dijanjikan, kami menawarkan jualan Lacoste Trendy Bag pada harga berpatutan. Kalau kat butik tu harganya berganda.

Terdapat beberapa design yang menarik, setakat ni ada 5 design seperti di dalam gambar.
i. Lac Sling Beg (Colour : Red, Green)
ii. Lac Side Buckle (Colour : Purple, Pink, Green)

Harga tawaran: RM 115.00 sahaja.

Harga adalah termasuk kos penghantaran. Beg diperbuat daripada bahan yang berkualiti, dengan rekabentuk yang menarik dan pilihan warna yang pelbagai. Sila rujuk pada pilihan warna yang disertakan.

Untuk lebih informasi dan pertanyaan lanjut, sila emel ke mimfazatrading@gmail.com

Wednesday 14 September 2011

RC Heli GT Model 9011

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
RC Helicopter GT Model 9011 Single Blade LCD


Harga Jualan:
RM 150 / Set (Semenanjung)
Harga pasaran RM 210

Pakej termasuk:
1 unit heli GT Model 9011 Single Blade Gyro
1 unit Transmitter / Controller LCD
1 unit Adapter
1 unit spare set (main blade dan tail blade)
Instruction Manual

Spesifikasi:

Tuesday 13 September 2011

Selingan - Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah SAW

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Selingan - Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah SAW

Sekadar selingan, saya nak kongsikan cerita ini. Pada saya cerita ni sangat menyentuh. Semoga ada manfaat kepada semua. :~)

~ Yus Mimfaza Trading

Sumber: Mimpi Bertemu Rasulullah


Oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t.

Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq)." Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.

Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Thursday 8 September 2011

Beli Dengan Yakin - Antara Jualan RC Helicopter Yang Termurah Di Malaysia

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Beli Dengan Yakin - Antara Jualan RC Helicopter Yang Termurah Di Malaysia

Salam. Harini terasa nak bersembang sikit. Hehe.

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan Sekalian Alam. Kita puji manusia, manusia merupakan makhluk Allah jadi pujian tu berbalik kepada Allah semula. Kita puji dan kagum dengan alam, alam tu pun ciptaan Allah jadi pujian tu berbalik kepada Allah semula. Dan seterusnya. (Minta betulkan kalau salah).

Untuk pengetahuan semua perniagaan Mimfaza Trading ni dimulakan lebih kurang bulan Mac/April 2011, masih baru lagi. Alhamdulillah setakat ni permintaan masih boleh dilayan. Kecuali masa-masa tertentu yang mana tak sempat nak standbykan barang, stok kehabisan atau tak sempat nak uruskan penghantaran. Contohnya masa raya haritu. Barangnya di KL, saya di kampung beraya. Jadi, saya minta maaf.

Sejak menawarkan jualan RC Helicopter murah dan produk-produk lain secara Online ni, banyak permintaan yang kami terima samada urusniaga secara terus ataupun yang minta dipos. Saya dahulukan ucapan terima kasih kepada semua kerana mempercayai kami, sudi berkunjung ke laman web ni dan seterusnya sudi berurusniaga dengan kami.

Berkenaan tajuk entry ni, saya tak berani nak 'claim' yang Mimfaza Trading ni menawarkan jualan RC Helicopter paling murah di Malaysia. Tapi saya yakin Mimfaza Trading antara yang menawarkan RC Helikopter dan barang-barang lain yang termurah di Malaysia. Masa mula-mula niaga secara online dulu, saya rasa sayalah yang tawarkan harga yang paling murah (perasan je kot). Saya rujuk sana sini nak 'compare'kan harga & cuba tawarkan harga yang kompetetif. Ternyata, ramai yang 'sangkut' kat Mimfaza Trading sampai la sekarang. Haha gurau2 je bosss. Jangan amek hati. :-)

Dalam jual beli secara Online ni, alhamdulillah kami masih mendapat kepercayaan pembeli. Terima kasih. Kebanyakan urusniaga dilakukan tanpa sebarang masalah. Cuma ada dua-tiga kes yang mana pembeli nak berjumpa secara berdepan. Sebabnya soal kepercayaan, takut ditipu dan sebagainya. Takda masalah bagi saya, hak masing-masing. Yang mana berurusniaga secara berdepan, saya layan sebaik-baiknya. Kalau tak kena masa, boleh 'deal' dengan adik-adik saya. Sebab saya ada komitmen kerja 'makan gaji' waktu siang. :-) Yang mana berurusniaga secara pos/online pula, saya pastikan barang-barang yang saya pos dalam keadaan baik. Saya cuba setakat yang termampu.



Sepanjang urusniaga, banyak sangat dah yang beli dari luar kawasan dan minta dipos. Sila rujuk gambar salinan-salinan borang penghantaran Pos Laju di atas. Selepas setiap pengeposan, saya sertakan 'tracking number'. Dengan track no yang diberikan, status penghantaran boleh disemak di laman web POS Malaysia. Jadi, pesan saya, BELI DENGAN YAKIN. Sebarang pembelian melalui Mimfaza Trading, akan kami penuhi dengan sebaik-baiknya. Ingat, BELI DENGAN YAKIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...