بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Saturday 25 May 2013

Jualan RC Helicopter dihentikan buat sementara waktu



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful



Salam.

Maaf lama tak update sebarang post. 

Dukacita dimaklumkan bahawa jualan RC Helicopter di Mimfaza Trading terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

RC Helicopter yang tinggal untuk dihabiskan stok cuma ada seperti berikut:
   i.   WL Copter V911 Single Blade 4 Channel
  ii.   Syma S026G Chinook 3.5 Channel
 iii.   Syma S107G 3.5 Channel
 iv.   DFD F163 4.5 Channel
  v.   DFD F103 4 Channel

Jualan Jiehe Astronomical telescope, Binocular dsb masih berjalan seperti biasa. 

Harap maklum. 

Salam. 

Saturday 16 March 2013

Bercuti sehingga 1 April 2013



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَانِ الرَّحِيم In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Salam.

Dimaklumkan kami  akan bercuti dari 18 Mac sehingga 1 April 2013. 

Perniagaan berjalan seperti biasa selepas 1 April 2013. 

Terima kasih :-)

Salam.

Sunday 20 January 2013

Mimfaza Trading masih berjalan seperti biasa



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Salam.

Yer. Mimfaza Trading masih berjalan seperti biasa.

Minta maaf sebab dah lama tak post sebarang update. Sebab takda input nak di'update'.

Kami akan slow-slow update selepas ni.

Terima kasih kerana bertanya. Teruskan menyokong. :-)

Monday 1 October 2012

Mimfaza Trading Di Luar Kawasan



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Mimfaza Trading Di Luar Kawasan?

Salam.

OK, apa ada dengan tajuk ni? Mimfaza Trading di Luar Kawasan? Huhu...

Macam ni. Untuk makluman semua, saya pernah 'deal' secara Cash On Delivery ke 'luar kawasan', hantar / berjanji kat kawasan yang dipersetujui yang jauh daripada kawasan saya, Selayang dan Melaka.

Tapi tu sume secara kebetulan la. Bukan semua tempat saya pergi la. Kebetulan je rumah customer berdekatan dengan 'lokasi saya berjalan-jalan.' Huhu..

Contohnya,

1. Seingat saya pernah deal hantar heli F163 sebanyak 4 atau 5 unit di Sabak Bernam. Masa tu saya balik kampung ke kawasan berdekatan. So deal dengan customer jumpa di Sabak Bernam.

2. Pernah jugak hantar 'by hand' Jiehe Astronomical Telescope ke Sabak Bernam. Kawan yang beli ni duk kat mana saya tak ingat. Tapi minta hantarkan barang sebagai hadiah ke Sabak Bernam. So, saya hantarkan.

3. Pernah juga saya nak hantarkan Piano / Keyboard ke Lekir, Sitiawan. Dengan sikit kos penghantaran. Sebab kalau kos Pos Laju, mahal sangat. Tapi deal yang ni tak  jadi la sebab tak sempat nak prepare barang. 

4. Bagi kawasan area Key El, ada tempat-tempat tertentu yang boleh kami hantar. Dan bergantung juga pada barang dan masa.

So. Setiap kali saya akan ke luar kawasan, saya akan inform. And sesiapa yang rasa nak deal sekiranya keadaan sesuai, dipersilakan.

Untungnya deal cara camni, dapat jimat Kos Pos, dan menjamin kepuasan sebab dapat tengok barang dulu sebelum beli. :-)

Hubungi kami untuk sebarang urusan. Terima kasih.

Wednesday 12 September 2012

Asam Jambu Paksu 916



بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Asam Jambu Pakcu 916

Salam. Saya banyak menerima tempahan asam jambu yang sedap dan terkenal - Pakcu 916 dari luar kawasan. Maksud luar kawasan ni yang tak boleh dan tak sempat saya nak 'entertain' la.

Contohnya dari Johor Bahru, Perak, Penang, Kedah, Perlis, Pantai Timur dan sebagainya. Masing-masing tanya kat mana nak dapatkan asam ni kat sekitar kawasan dorang.

Sebabnya saya tak jual la kot kalau yang jauh-jauh ni, kos pos laju mahal. Jadi, apa yang saya bleh buat saya bagi no telefon pejabat Pakcu 916 ni, minta dorang call & deal sendiri dengan Pakcu.

So, sesapa yang berminat nak dapatkan Asam ni di tempat yang berhampiran dengan anda boleh hubungi no telefon di bawah : (*saya ambil dari pack Asam Jambu Pakcu)

Telefon : 012-3717007 / 012-2660369

Terima kasih.

p/s - Lama dah tak update blog. Ada masalah akses internet. Sorry...

Sunday 20 May 2012

Jiehe Astronomical Telescope Model JH25-75x60


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Jiehe Astronomical Telescope Model JH25-75x60
Pengjie Optics Jie He High Quality Multi-Use Telescope

Salam. Kami jual telescope seperti di bawah.

Spesifikasi:
Magnification : 25x - 75x
Objective Lens Diameter : 60 mm
Mount : Camera Tripod
Panjang telescope : +- 580 mm
Panjang tripod : +- 1360 mm
Saiz Kotak : +- 610 mm x 12 mm x 22 mm
Rotatable Eyepiece Holder
Focus Ring, Zoom Ring

Harga Jualan : RM 300 (Semenanjung)

Merangkumi,
Jiehe Astronomical Telescope
Camera tripod
Carrying Pouch with strap
Instruction Manual

Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan.

Beli dengan yakin.

Sunday 29 April 2012

Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dan kesannya.


بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Bersih 3.0 (28 April 2012) dan kesannya

Salam.

Sebenarnya takda apa nak cerita pun pasal BERSIH 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka semalam, 28 April 2012.

Cumanya disebabkan banyak jalan ditutup; kena 'block' sana sini, tak dapat la ambe nak 'prepare' stok. Order yang masuk pun banyak, maklum le gaji dah masuk. Takpa laaa, nak buat cemana?

Semalam masa browse through internet, ada jugak nampak gambar-gambar dan video-video yang dah dipublish. Dan boleh tengok pulak apa sebenarnya jadi dalam video perhimpunan bersih yang dekat SOGO, Kuala Lumpur tu? Kalau baca cerita orang, yang ni bagitau cerita ni, yang tu cerita macam lain plak. Mana satu yang betul taktau. So, start harini dah boleh tengok & baca la kot apa kesan-kesan Perhimpunan Bersih 3.0 tu pada kita.

Saya bersikap berkecuali. Sokong perhimpunan pun tak, tak sokong perhimpunan pun tak jugak. Dua-dua ada kebaikan & keburukannya kot.

p/s - Oh, nak bagitau jugak. Dah dua minggu dah nak reply comment-comment orang yang tanya soalan kat bawah tu tapi tak publish. Ntah kenapa ntah. Yang mesej dan emel tapi lambat dibalas, minta maaf. Ada masalah akses internet sikit sekarang.

TQ. Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...