بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Thursday 8 September 2011

Beli Dengan Yakin - Antara Jualan RC Helicopter Yang Termurah Di Malaysia

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful

Beli Dengan Yakin - Antara Jualan RC Helicopter Yang Termurah Di Malaysia

Salam. Harini terasa nak bersembang sikit. Hehe.

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan Sekalian Alam. Kita puji manusia, manusia merupakan makhluk Allah jadi pujian tu berbalik kepada Allah semula. Kita puji dan kagum dengan alam, alam tu pun ciptaan Allah jadi pujian tu berbalik kepada Allah semula. Dan seterusnya. (Minta betulkan kalau salah).

Untuk pengetahuan semua perniagaan Mimfaza Trading ni dimulakan lebih kurang bulan Mac/April 2011, masih baru lagi. Alhamdulillah setakat ni permintaan masih boleh dilayan. Kecuali masa-masa tertentu yang mana tak sempat nak standbykan barang, stok kehabisan atau tak sempat nak uruskan penghantaran. Contohnya masa raya haritu. Barangnya di KL, saya di kampung beraya. Jadi, saya minta maaf.

Sejak menawarkan jualan RC Helicopter murah dan produk-produk lain secara Online ni, banyak permintaan yang kami terima samada urusniaga secara terus ataupun yang minta dipos. Saya dahulukan ucapan terima kasih kepada semua kerana mempercayai kami, sudi berkunjung ke laman web ni dan seterusnya sudi berurusniaga dengan kami.

Berkenaan tajuk entry ni, saya tak berani nak 'claim' yang Mimfaza Trading ni menawarkan jualan RC Helicopter paling murah di Malaysia. Tapi saya yakin Mimfaza Trading antara yang menawarkan RC Helikopter dan barang-barang lain yang termurah di Malaysia. Masa mula-mula niaga secara online dulu, saya rasa sayalah yang tawarkan harga yang paling murah (perasan je kot). Saya rujuk sana sini nak 'compare'kan harga & cuba tawarkan harga yang kompetetif. Ternyata, ramai yang 'sangkut' kat Mimfaza Trading sampai la sekarang. Haha gurau2 je bosss. Jangan amek hati. :-)

Dalam jual beli secara Online ni, alhamdulillah kami masih mendapat kepercayaan pembeli. Terima kasih. Kebanyakan urusniaga dilakukan tanpa sebarang masalah. Cuma ada dua-tiga kes yang mana pembeli nak berjumpa secara berdepan. Sebabnya soal kepercayaan, takut ditipu dan sebagainya. Takda masalah bagi saya, hak masing-masing. Yang mana berurusniaga secara berdepan, saya layan sebaik-baiknya. Kalau tak kena masa, boleh 'deal' dengan adik-adik saya. Sebab saya ada komitmen kerja 'makan gaji' waktu siang. :-) Yang mana berurusniaga secara pos/online pula, saya pastikan barang-barang yang saya pos dalam keadaan baik. Saya cuba setakat yang termampu.



Sepanjang urusniaga, banyak sangat dah yang beli dari luar kawasan dan minta dipos. Sila rujuk gambar salinan-salinan borang penghantaran Pos Laju di atas. Selepas setiap pengeposan, saya sertakan 'tracking number'. Dengan track no yang diberikan, status penghantaran boleh disemak di laman web POS Malaysia. Jadi, pesan saya, BELI DENGAN YAKIN. Sebarang pembelian melalui Mimfaza Trading, akan kami penuhi dengan sebaik-baiknya. Ingat, BELI DENGAN YAKIN.

Terima Kasih sekali lagi kerana menyokong kami selama ini. Sila lawati laman ini dari semasa ke semasa untuk pelbagai promosi dan tawaran hebat lain. Kami berharap untuk berurusniaga dengan anda lagi. Apa-apa teguran dan sebagainya, boleh dimajukan kepada kami. Melalui emel pun boleh, nak komen kat bawah ni pun boleh. Tapi minta ditinggalkan la emel atau no telefon. Senang untuk berhubung nanti.

Akhir kata, masih tak terlambat untuk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H/2011. MAAF ZAHIR & BATIN"

Terima kasih. BELI DENGAN YAKIN.

Wassalam.

11 comments:

  1. ada model ni tak bro? ESKY 4 CHANNEL BIG LAMA E020 RC HELICOPTER

    sebab nak belajar 4 chanel dulu la, sebelum ke 6 chanel. email kan info.

    tq
    mansur@jland.com.my

    ReplyDelete
  2. Nanti saya check dulu.
    N reply ke emel.

    TQ

    ReplyDelete
  3. Asm,
    Ada jual canopy/fuselage esky hunter tak?

    tk

    ReplyDelete
  4. ada x menjalankan perniagaan membaiki rc helicopter?

    ReplyDelete
  5. Salam abdullah.

    Baiki rc saya belum terer. Hehe

    ReplyDelete
  6. Salam. .
    Kawasan Melaka ada X bos??

    ReplyDelete
  7. nk beli 1 la bos . . .
    untuk belajar .. . .

    ReplyDelete
  8. Salam AFUAN.

    Ada di Melaka.
    Sila msg kami. TQ

    ReplyDelete
  9. heli wltoys v911 pro atau v912 ada tak ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...