بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
PENGUMUMAN TERKINI
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.
* Sah sementara stok masih ada.
**SMS kami untuk pembelian
Sunday, 24 April 2011
Madu Herba Sauda
Madu Herba Sauda
Harga Jualan: RM 15.00 / unit
Seunit botol 250ml.
Madu herba Habbatus Sauda adalah campuran madu asli dan Habbatus Sauda. Madu berkualiti tinggi ini amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan dicampur pula dengan Habbatus Sauda yang telah terbukti khasiatnya sejak zaman berzaman.
Halal. Buatan Malaysia.
Serbuk Minuman Sauda
Harga Jualan:
RM 12.00 / unit (WM)
RM 15.00 / unit (EM)
Minuman Sauda adalah minuman berkhasiat yang diperbuat daripada biji Habbatus Sauda (Black Seed) yang tulin dan dipanggang dengan campuran madu lebah asli.
Hasilnya ialah minuman yang berkhasiat dan menyegarkan. Jadikan ia sebagai amalan harian anda sesuai dengan maksud hadith berkenaan Habbatus Sauda.
Tanpa Pengawet. Tanpa Kopi.
Halal dan Suci.
Buatan Malaysia.
Minyak Sauda
Harga Jualan:
RM 25.00 / unit (Semenanjung)
RM 27.00 / unit (Sabah, Sarawak)
Seunit botol 30ml
Sebagai minyak, ia dihadam masuk ke dalam salur limfa dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam core sistem lymphatic.
Aturan menggunakan:
1,3,5 titik pagi dan malam.
Boleh dicampur ke dalam makanan dan minuman.
Halal, Buatan Malaysia, Asli
Buku Rahsia Keajaiban Habbatus Sauda
Buku Rahsia Keajaiban Habbatus Sauda
sebagai Penawar Segala Penyakit
Tulisan Ahmad Termizi Yaacob
Harga : RM 25.00 / unit
Apakah yang dimaksudkan dengan penawar segala penyakit? Adakah wujud bukti-bukti saintifik menyokong kenyataan ini? Bagaimana Habbatus Sauda menjadi penawar segala penyakit?
Walaupun rahsia kehebatan Habbatus Sauda sebagai herba penawar telah diketahui semenjak 5000 tahun dahulu, namun pengetahuan serta maklumat tentangnya adalah sedikit sekali dan terhad.
Buku ini cuba menjawab persoalan-persoalan di atas dan memaparkan rahsia kehebatan Habbatus Sauda sebagai penawar segala penyakit dan mencungkil rahsia-rahsia kandungan Habbatus Sauda dari segi kajian saintifik.
Ia juga merupakan sumber rujukan yang sangat berguna bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai tumbuhan yang hebat ini. Selain dari itu ia juga mengandungi panduan-panduan bagaimana untuk menggunakan Habbatus Sauda bagi merawat berbagai jenis penyakit disamping maklumat saintifik latar belakang Habbatus Sauda.
(Petikan daripada buku Habbatus Sauda)
Apa itu Habbatus Sauda?
Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan.
Sebagai herba tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah, keadaan dan perawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem peredaran darah, sistem pertahanan badan dan memulihkan kesihatan am.
Habbatus Sauda dapat menguatkan antibodi semulajadi yang sedia ada dalam tubuh badan kita, lantas melegakan segala alahan dan gatal-gatal kulit, panau, kudis buta, bisul, jerawat, kelemumur, rambut gugur, dan pelbagai jenis penyakit kulit. Ia juga merupakan sejenis perawatan awet muda. Ini kerana ia menguatkan lagi fungsi-fungsi kelenjar dengan mengatasi masalah kelenjar thyroid lemak berlebihan, gemuk, menegangkan kulit terutama bahagian muka.
Habbatus Sauda juga mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada buah dada dan rahim. Oleh itu ia dapat mengatasi masalah sakit puan, senggugut, masalah haid tidak teratur, luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovari, keputihan yang berlebihan dan berbau, buasir, dan luka-luka usus kecil.
Bagi mereka yang menghadapi sakit tuan seperti lemah tenaga batin, kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata), angin ahmar, lumpuh dan sawan, juga jangan ketinggalan daripada mencuba herba ini.
Ia juga dapat melegakan kesan buruk daripada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, kekejangan, kurang tidur, sakit kepala, migrain, senak perut, sembelit. Dan amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu.
Mulakan pengambilan produk-produk di sini dengan bismillah, selawat dan niat. InsyaAllah.
Saturday, 16 April 2011
Jualan Habbatus Sauda Online
Bismillah. Salam.
Berikut merupakan preview produk-produk Habbatus Sauda yang kami jual. Maklumat lanjut berkenaan produk-produk tersebut akan diterangkan kemudian.
Produk-produk:
1. Sabun Sauda Putih.
2. Sabun Sauda Hitam.
3. Buku Keajaiban Habbatus Sauda.
4. Minyak Sauda.
5. Minuman Sauda.
6. Bijian Sauda.
7. Madu Herba
8. Softgel As Sauda








