بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Sunday 24 April 2011

Apa itu Habbatus Sauda?

Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Sebagai herba tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah, keadaan dan perawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem peredaran darah, sistem pertahanan badan dan memulihkan kesihatan am.

Habbatus Sauda dapat menguatkan antibodi semulajadi yang sedia ada dalam tubuh badan kita, lantas melegakan segala alahan dan gatal-gatal kulit, panau, kudis buta, bisul, jerawat, kelemumur, rambut gugur, dan pelbagai jenis penyakit kulit. Ia juga merupakan sejenis perawatan awet muda. Ini kerana ia menguatkan lagi fungsi-fungsi kelenjar dengan mengatasi masalah kelenjar thyroid lemak berlebihan, gemuk, menegangkan kulit terutama bahagian muka.

Habbatus Sauda juga mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada buah dada dan rahim. Oleh itu ia dapat mengatasi masalah sakit puan, senggugut, masalah haid tidak teratur, luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovari, keputihan yang berlebihan dan berbau, buasir, dan luka-luka usus kecil.

Bagi mereka yang menghadapi sakit tuan seperti lemah tenaga batin, kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata), angin ahmar, lumpuh dan sawan, juga jangan ketinggalan daripada mencuba herba ini.

Ia juga dapat melegakan kesan buruk daripada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, kekejangan, kurang tidur, sakit kepala, migrain, senak perut, sembelit. Dan amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu.

Mulakan pengambilan produk-produk di sini dengan bismillah, selawat dan niat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...