بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PENGUMUMAN TERKINI
1. Heli Syma S107G/S111G kini RM60.00 sahaja.
2. RC Helicopter Thunderbird T23 kini kembali.
3. Khidmat Lori Sewa ditawarkan sekitar Lembah Kelang dengan harga berpatutan. Abg Kamal 017-2196121.

* Sah sementara stok masih ada.


**SMS kami untuk pembelian

Friday 2 December 2011

POS LAJU Ke Seluruh Malaysia

بِســــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the most Merciful
Pengeposan Ke Seluruh Malaysia

Salam.

Dalam entry ni saya nak kongsikan tentang pengeposan barangan-barangan yang ditawarkan oleh Mimfaza Trading ke seluruh Malaysia. Supaya ramai yang lebih jelas.

Senarai produk dan stok boleh dirujuk di SINI



Entry ni boleh dijadikan sebagai panduan asas je la. Kalau nak lebih detail, mungkin boleh rujuk dengan pihak POS LAJU sendiri. Atau rakan-rakan yang dah otai, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Yang ada pertanyaan pun boleh tanya di ruangan komen di bawah.

Saya banyak sangat menerima tempahan untuk pengeposan. Dan selalunya saya menggunakan POS LAJU MALAYSIA. Sebabnya?

a. Lokasi pejabat pos yang berdekatan.

b. Kawasan liputan penghantaran pos yang luas ke seluruh Malaysia.

c. Cepat dan Murah berbanding dengan yang lain (Hehe..)

Dan untuk pengetahuan, sepanjang menggunakan POS LAJU saya tak menerima sebarang masalah. Pembeli pun tak pernah komplen dengan saya, kalau-kalau barangan yang diterima adalah dalam keadaan yang kurang elok, pecah, tak sempurna dan sebagainya.

Okay, secara mudahnya cas pos laju bergantung pada berat. Tapi bila barangannya tu bersaiz besar, pos laju akan kenakan cas berdasarkan 'isipadu / volume' pulak, walaupun berat sebenar dia ringan.

Katakan berat sebenar cuma 500g sahaja, tapi disebabkan kotaknya besar dia kira/cas berdasarkan volume pulak. Dan volume tu di'convert'kan pulak kepada 'berat yang sepatutnya'. Menyebabkan selalunya casnya lebih daripada berat sebenar. Susah nak paham eh?

Jom belajar sket :

CONTOH PERTAMA:
RC Heli Syma S107G.

Berat sebenar : 0.52 kg ( Kiraan sendiri )
Saiz kotak : 480 x 90 x 190 mm
Volume / Isipadu : ( 48 x 9 x 19 ) cm = 8208 cm padu
Berat sepatutnya : ( 8208 / 6000 ) = 1.368 kg

Jadi, cas yang perlu dikenakan adalah cas untuk berat 1.368 kg & bergantung pulak lokasi mana nak dipos.
( walaupun berat sebenar hanya 0.52 kg )

CONTOH KEDUA:
RC Heli Shuang Ma 9100.

Berat sebenar : 1.45kg ( Kiraan sendiri )
Saiz kotak : 630 x 120 x 230 mm
Volume / Isipadu : ( 63 x 12 x 23 ) cm = 17388 cm padu
Berat sepatutnya : ( 17388 / 6000 ) = 2.898 kg

Jadi, cas yang perlu dikenakan adalah cas untuk berat 2.898 kg & bergantung pulak lokasi mana nak dipos.
( walaupun berat sebenar hanya 1.45 kg )

Jadi, pelajaran harini?
Mana-mana yang tuan-tuan tau saiz kotak tu kat sini, so secara mudahnya tuan-tuan boleh kira sendiri berat yang akan di cas. Bila dapat berat tu, mungkin boleh semak dengan POS LAJU Malaysia. Sebab saya pun takde reference harga. Saya pun kene call dan semak dengan pejabat pos. Hehe

Terima kasih.

* Entry ni dibuat atas kefahaman saya sahaja. Kalau salah minta maaf, dan mohon dibetulkan.

1 comment:

  1. Untuk tujuan tracking & tracing (track & trace) Pos Laju / Malaysia dan sebagainya boleh dirujuk ke:

    http://www.pos.com.my/pos/homepage/homepg_track.aspx

    atau

    http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...